BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, May 12, 2010

12 FEBRUARI 2010

Wajah Kebahagiaan..... 12.02.2010...


Tanggal 12 Februari 2010...di Masjid Jamek Pajak SOng, diri ini sah bergelar seorang isteri kepada Encik Mohamad Bin Kader Maidin tepat jam 10.00 am, Jumaat. Dengan sekali lafaz, alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Sayu di hati hanya Allah yang mengetahui tatkala diri ini memeluk abah dan mama."Mama serah anak mama pada Mohamad", itu ayat yang mama terbitkan dari hati yang ikhlas serta dengan nada yang sayu sebagai seorang ibu setelah membesarkan anak sulungnya selama 26 tahun. Alhamdulillah..ku bersyukur padamu kerna dikurniakan keluarga yang bahagia. Moga hubungan baru yang terbina ini akan berkekalan hingga ke akhir akhirnya.
Alhamdulillah.....selesai segalanya
Jika diimbau kembali, pengenalan diri ini bersama Insan tersayang terlalu sekejap, hubungan yang terbina di atas jalinan kasih sayang dan hati yang ikhlas akhirnya ke jinjang pelamin jua. Bermula detik 05.05.03, diri ini berkenalan dengan suami tersayang melalui laman sembang iaitu MiRC. Hanya dengan satu hari perkenalan,akhirnya diri ini berjumpa jua dengan insan maya pada hari ketiga. mengejutkan kerana kami mula bercinta 3 hari selepas perkenalan.Memang tak dapat diterima dek akal, kerna terlalu besar risiko yang diambil, tapi dengan berkat Allah S.W.T, cinta utuh yang terbina bertahan selama 7 tahun lamanya, dan kami membuat keputusan untuk mengikat tali pertunangan pada 03.10.2008, iaitu pada hari raya ketiga.Setelah janji termeterai selama bertahun-tahun, akhirnya ke jinjang pelamin jua. Resepsi di sebelah pihakku hanya selang sehari dari tarikh nikah ku iaitu pada 14 Februari 2010, Ahad. Sangat meriah ku rasakan kerna kawan-kawan yang dari jauh berkunjung tiba. Alhamdulillah. Belum terlepas penat di dada untuk majlis resepsi pihak perempuan, majlis resepsi pihak lelaki berkunjung tiba. Walaupun bezanya adalah sebulan tetapi penatnya tetap sama. Kini kami berdua bahagia membina keluarga dan hubungan hari ke hari semestinya lebih bahagia dari sebelum insan ini bergelar isteri.

Resepsi di rumah ku


Bersama keluarga tersayang
Keluarga baru dalam hidupku...

Walaupun, ini hanya imbauan 2-3 bulan yang lepas, masih terasa waktu itu baru saja berlalu. Memang tak disangkakan terlalu cepat masa yang berdetik, hari ini 12 Mei 2010, genap 3 bulan insan ini bergelar Isteri. Mudah-mudahan diri ini mampu menjadi isteri yang solehah dan ibu yang baik pada bakal anak-anak comel yang akan dilahirkan nanti.

0 comments: