BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, May 12, 2010

MAMA....besar mana saya sekarang.....

Mama....besar mana saya sekarang.. Dalam dok sibuk-sibuk cari info tentang jus kurma, terjumpa plak ngan dialog si kecil ni....comei sangat-sangat....dialog si kecil ni dipetik dari ratuhati.com.....

"Alhamdulillah...saya berjaya melalui fasa 4 minggu.."


" Masa ni....mama saya tak sedar lagi pun yang saya dah hadir lam peyut mama...."

"Mama dah wat pregnancy test.....yeah..akhirnya mama dah tau saya dah ada dengan mama..."


"Minggu ni mama sakit kepala sangat-sangat...kesian mama..."


Fasa Minggu lain...kena tunggu....... :-)
"
"
"
Okay....nih fasa seterusnya..lambat sikit nak update...taktolaa apa yg dipikirkan lam mindaku kan
Genap 2 months.....alhamdulillah..no morning sickness at all..

Mama just rehat2.....menghitung hari nak bawa permata hati kat dalam peyut ni untuk 1st check up

Keletihan setiap hari bertambah....jalan sikit ja mama dah mengah2..




Mama banyak rehat n juga kuat makan untuk saya...jangan lupa susu tau mama
Yeah...dah masuk 3 months....dah abih pun trimester 1st...mesti mama hepi jer kan.. :-)


P.E.N.I.N.G

Harini kepalaku pening sangat2.....datang opis pening....p makan pening....uhuh......tapi Alhamdulillah..belum ada lagi morning sickness yang teruk...takda muntah2...my hubby pun takda alami plak apa2 yang pelik.... Maybe pening ni ala2 morning sickness gak kan...tapi ada kaitan tak ngan low blood ka or wat ever...bukan apa....next week , kandungan ku baru cukup 2 bulan, then baru nak p register kat Klinik GOmen....... Firstly, tau yang diriku peknen on 1st May 2010....wat pregnancy test pagi n before p klinik...twice lagi.... then tunggu hubby balik, baru p cek kat klinik terus....

Alhamdulillah...rezeki awal.....untuk baby sulungku...selepas 2 bulan berkahwin, mungkin leh consider as bunting pelamin kot kan......Aku bersyukur padaMu..... Aku start berblogging balik ni, bukan apa.....untuk mengira detik n mencatat moment2 bergelar seorang ibu. Besides, aku slalu gak jadi silent readers pada blog2 yg lain... Insya Allah, selepas ni aku akan aktif kembali berblogging cam teman-teman yang lain.....

12 FEBRUARI 2010

Wajah Kebahagiaan..... 12.02.2010...


Tanggal 12 Februari 2010...di Masjid Jamek Pajak SOng, diri ini sah bergelar seorang isteri kepada Encik Mohamad Bin Kader Maidin tepat jam 10.00 am, Jumaat. Dengan sekali lafaz, alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Sayu di hati hanya Allah yang mengetahui tatkala diri ini memeluk abah dan mama."Mama serah anak mama pada Mohamad", itu ayat yang mama terbitkan dari hati yang ikhlas serta dengan nada yang sayu sebagai seorang ibu setelah membesarkan anak sulungnya selama 26 tahun. Alhamdulillah..ku bersyukur padamu kerna dikurniakan keluarga yang bahagia. Moga hubungan baru yang terbina ini akan berkekalan hingga ke akhir akhirnya.
Alhamdulillah.....selesai segalanya
Jika diimbau kembali, pengenalan diri ini bersama Insan tersayang terlalu sekejap, hubungan yang terbina di atas jalinan kasih sayang dan hati yang ikhlas akhirnya ke jinjang pelamin jua. Bermula detik 05.05.03, diri ini berkenalan dengan suami tersayang melalui laman sembang iaitu MiRC. Hanya dengan satu hari perkenalan,akhirnya diri ini berjumpa jua dengan insan maya pada hari ketiga. mengejutkan kerana kami mula bercinta 3 hari selepas perkenalan.Memang tak dapat diterima dek akal, kerna terlalu besar risiko yang diambil, tapi dengan berkat Allah S.W.T, cinta utuh yang terbina bertahan selama 7 tahun lamanya, dan kami membuat keputusan untuk mengikat tali pertunangan pada 03.10.2008, iaitu pada hari raya ketiga.Setelah janji termeterai selama bertahun-tahun, akhirnya ke jinjang pelamin jua. Resepsi di sebelah pihakku hanya selang sehari dari tarikh nikah ku iaitu pada 14 Februari 2010, Ahad. Sangat meriah ku rasakan kerna kawan-kawan yang dari jauh berkunjung tiba. Alhamdulillah. Belum terlepas penat di dada untuk majlis resepsi pihak perempuan, majlis resepsi pihak lelaki berkunjung tiba. Walaupun bezanya adalah sebulan tetapi penatnya tetap sama. Kini kami berdua bahagia membina keluarga dan hubungan hari ke hari semestinya lebih bahagia dari sebelum insan ini bergelar isteri.

Resepsi di rumah ku


Bersama keluarga tersayang
Keluarga baru dalam hidupku...

Walaupun, ini hanya imbauan 2-3 bulan yang lepas, masih terasa waktu itu baru saja berlalu. Memang tak disangkakan terlalu cepat masa yang berdetik, hari ini 12 Mei 2010, genap 3 bulan insan ini bergelar Isteri. Mudah-mudahan diri ini mampu menjadi isteri yang solehah dan ibu yang baik pada bakal anak-anak comel yang akan dilahirkan nanti.